Tip sukses temuduga – Leftenan Muda Maritim Gred T13

on Tuesday, 15 February 2022

 

Penjadualan Temu Duga

Pegawai Penguat Kuasa Maritim (Leftenan Muda Maritim Gred T13)



  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,502.00RM9,803.00RM230.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a)warganegara Malaysia; 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c)

 

 
(i)ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,502.00); atau

 
(ii)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains nautikal, sains samudera, pengajian kelautan (maritime studies) atau bidang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,646.88); atau

 
(iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,646.88); atau

 
(iv)ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan atau bidang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,792.63); atau

 
(v)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM3,084.15).

 
   
 dan 
   
(d)memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: 
 
  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa sepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
   
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
   
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Leftenan Muda Maritim Gred T13, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a)  
(i)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau 
(ii)lulus Peperiksaan Khas; 
(b)diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintah; dan 
(c)had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.


Temuduga kerajaan ni lain sikit dari temuduga swasta. Skop penilaian dan tapisan berbeza.

.
Untuk kerajaan pastikan anda dah equip persediaan dengan perkara ini;

1 – Faham jawatan anda

Tahu ianya berkaitan dengan kementerian mana. Di bawah jabatan apa. Apa agensi
yang terlibat. Jika anda tak perasan, sebenarnya
setiap kementerian ada JABATAN dan AGENSI di bawahnya.

Studi semua itu. Nampak simple tapi anda kena faham struktur perjawatan itu.

===========

2 – Faham fungsi

Cuba cari maklumat berkaitan tugasan dan fungsi kementerian/jabatan/agensi terlibat.

3 – Tahu apa KPI dan inisiatif

Dari maklumat [1] dan [2] itu cuba cari apa inisiatif yang
dijalankan oleh mereka.

Tahu apa objektif program mereka dan apa KPI yang
hendak dicapai oleh mereka

[1], [2] dan [3] ini adalah penentu kejayaan besar anda
dalam temuduga kerajaan yang spesifik.

Anda akan nampak lebih layak untuk jawatan itu. Benda PENTING yang anda kena tahu adalah..

“PENEMUDUGA adalah PEGAWAI dari KEMENTERIAN/JABATAN itu!”.

Yup. Salah seorang penemuduga adalah pegawai spasifik kementerian tersebut dan pegawai temuduga SPA.

Itu adalah 2 panel wajib temuduga kerajaan ditambah
dengan panel jemputan.

Untuk lebih faham dan bersedia untuk sukses temuduga kerajaan gunakan rujukan ini;

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Moga rahsia ini menjadi senjata anda untuk sukses dalam temuduga Kerajaan!

Semoga perkongsian Tip sukses temuduga kerajaan – Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram, https://t.me/kerjayacentral & Twiter

Ranking: 5

{ 0 Post a Comment ... read them below or add one }

Post a Comment

 
© kerjayacentral All Rights Reserved
OnLajer