Tip sukses temuduga – Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

on Tuesday, 15 February 2022

Penjadualan Temu Duga

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.JADUAL GAJI 
 
Gaji Minimum: RM1,353.00
Gaji Maksimum: RM4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
 
   
2.SYARAT LANTIKAN 
 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
 a.warganegara Malaysia; dan 
 b.berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
 c.
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
  2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
  3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
  4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
  5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
 
   
3.SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 
 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
   
4.DESKRIPSI TUGAS 
 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman. 
   
5.SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM 
 Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/). 
   
6.MAKLUMAT TAMBAHAN 
 
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
  • Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

Tip mudah untuk hadir dan sukses temuduga kerajaan.


Temuduga kerajaan ni lain sikit dari temuduga swasta. Skop penilaian dan tapisan berbeza.

.
Untuk kerajaan pastikan anda dah equip persediaan dengan perkara ini;

1 – Faham jawatan anda

Tahu ianya berkaitan dengan kementerian mana. Di bawah jabatan apa. Apa agensi
yang terlibat. Jika anda tak perasan, sebenarnya
setiap kementerian ada JABATAN dan AGENSI di bawahnya.

Studi semua itu. Nampak simple tapi anda kena faham struktur perjawatan itu.

===========

2 – Faham fungsi

Cuba cari maklumat berkaitan tugasan dan fungsi kementerian/jabatan/agensi terlibat.

3 – Tahu apa KPI dan inisiatif

Dari maklumat [1] dan [2] itu cuba cari apa inisiatif yang
dijalankan oleh mereka.

Tahu apa objektif program mereka dan apa KPI yang
hendak dicapai oleh mereka

[1], [2] dan [3] ini adalah penentu kejayaan besar anda
dalam temuduga kerajaan yang spesifik.

Anda akan nampak lebih layak untuk jawatan itu. Benda PENTING yang anda kena tahu adalah..

“PENEMUDUGA adalah PEGAWAI dari KEMENTERIAN/JABATAN itu!”.

Yup. Salah seorang penemuduga adalah pegawai spasifik kementerian tersebut dan pegawai temuduga SPA.

Itu adalah 2 panel wajib temuduga kerajaan ditambah
dengan panel jemputan.

Untuk lebih faham dan bersedia untuk sukses temuduga kerajaan gunakan rujukan ini;

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Moga rahsia ini menjadi senjata anda untuk sukses dalam temuduga Kerajaan!

Semoga perkongsian Tip sukses temuduga kerajaan – Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram, https://t.me/kerjayacentral & Twiter

Ranking: 5

{ 0 Post a Comment ... read them below or add one }

Post a Comment

 
© kerjayacentral All Rights Reserved
OnLajer