Tips Lulus Ujian Psikometrik SPA - Pegawai Sains Gred C41 (Biomedikal)

on Wednesday, 9 February 2022

 Sebelum kita bermula dengan Contoh Soalan Ujian Psikometrik - Pegawai Sains Gred C41 apa kata kita baca dahulu Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA.

Definisi Psikometrik

Ujian pikometrik bermaksud ujian yang mengukur tahap kebolehan seseorang untuk ‘perform’ di dalam bidang tugas yang diperlukan.Psikometrik akan menguji kebolehan dari segi kognitif,pengetahuan dan juga personaliti.

Selain daripada itu

Psikometrik jika mengikut kefahaman orang biasa biasa munkin hanya kepada teori atau logik.


Namun jika menurut istilahnya, Ia merupakan bidang kajian yang berkait dengan teori dan kaedah pengukuran pendidikan psikologi yang meliputi:-

  • Pengetahuan
  • Kemampuan
  • Sikap
  • Sifat keperibadian

Penerangan Soalan ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik macam dah jadi tapisan wajib untuk masuk kerja
kerajaan.

Tak susah pun ujian ni. Ianya lebih kepada nak tapis calon yang betul-betul sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Key paling utama dalam nak sukses ujian ini adalah;.

"SEMBUNYIKAN nilai negatif, TONJOLKAN nilai positif".

Contohnya soalan sebegini;
>> Ada kajian menunjukkan merokok
memberikan ketenangan kepada 
pekerja yang 'stress'. Apa pandangan 
anda?

Jika soalan ini ditanya kepada 
perokok, pastinya dia akan bersetuju dengan kenyataan ini.

Lagi pulak ianya hasil dari kajian.

Soalan ni bukan berkaitan benar atau salah tapi ianya nak kesan 'anda perokok atau tidak' Teeeeettttt!.

Opsss, perokok dan penyokong perokok dah dikesan.

Perlu ingat, aktiviti merokok adalah dilarang di tempat awam Malaysia. Ianya dah jadi amalan negatif.

Nampak tak macam mana ianya bakal 'memerangkap' anda.

Hati-hati. Ada 'jerangkap' yang anda tak sedar.
.
Untuk lebih rujukan dan tip untuk sukses ujian Psikometrik ini, boleh semak rujukan ini;



Siapa yang perlu mengambil ujian Psikometrik

Pelbagai jawatan SPA kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik.

Antaranya ialah;

  1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  2. Pembantu Pendaftaran KP19
  3. Pembantu Arkib
  4. Penghantar Notis
  5. Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah
  • Pegawai Sains Gred C41 (Biomedikal)
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    (Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh Peperiksaan : 16 Februari 2022]

Rujukan : Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Sains Gred C41

Pegawai Sains Gred C41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,317RM9,620.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    (c) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

  1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
    (b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PECAHAN BIDANG :

Kementerian Kesihatan Malaysia –

Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
Kimia Hayat – bidang Biokimia
Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
Embriologi – Biologi, Genetik
Forensik – Sains Forensik
Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

Contoh Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Sains Gred C41

Contoh soalan psikometrik.

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

a. Sangat kerap

b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang Tim Infokerjaya di bawah.TEMPAH SEKARANG!

Rujukan Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK

Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Sains Gred C41 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/kerjayacentral & Twiter


Ranking: 5

{ 0 Post a Comment ... read them below or add one }

Post a Comment

 
© kerjayacentral All Rights Reserved
OnLajer